Kelas Advokasi – Video Maklumat Palsu

15 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Jun 2019 (Jumaat), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas Advokasi dengan memaparkan video dari SKMM dengan tajuk Maklumat Palsu. Objektif kelas pada petang itu adalah memantapkan pemahaman peserta berkenaan Maklumat Palsu yang dikongsikan pada kelas-kelas yang lalu. Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 2 hingga 4 petang. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.

Dalam kelas Advokasi ini, peserta dipertontonkan denagan Video SKMM tentang Maklumat Palsu. Setelah itu, setiap peserta disoal bagi mengukur sejauh mana pemahaman mereka berkenaan video tersebut. Bagi peserta yang selalu mengikuti kelas-kelas PI Rantau Panjang, mereka dapat menjawab soalan yang diberikan. Walaupun agak sukar menarik minat peserta dalam kelas ini, namun begitu kelas divariasikan seperti permainan.

Kami berharap impak dari penerangan terperinci dengan 1 video ini dapat membantu peserta-peserta mengingati Maklumat Palsu dengan lebih dalam dan diingatkan kepada peserta sentiasa berhati-hati dalam mereka berkongsi maklumat dalam media sosial.

# Hati-Hati Dengan Apa Yang Anda Kongsi!

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali